Tuesday, May 12, 2009

Adakah Benar

Adakah benar, suasana politik di Perak ternampak (oleh orang-orang kecil dan bawahan seperti saya) agak begitu kurang selesa?

Sekiranya begitu, adakah wajar untuk bertanyakan soalan mudah terhadap perkara itu, diantaranya:
  1. Adakah benar, kedua-dua belah pihak (BN dan PR) mempunyai "rakyatnya" tersendiri? Dengan erti kata lain, adakah rakyat adalah kerusi yang telah dimenangi dahulu ketika pilihan raya yang lepas. Sekiranya benar, adakah wajar PR dilihat seolah-olah mereka sahaja yang berhak mengatakan bahawa suasana itu perlu dikembalikan kepada "rakyat"? Adakah sebenarnya, BN itu juga didokong kuat oleh "rakyat" dan dilihat sebagai majoriti? Sekiranya dilihat bilangan kerusi yang telah dimenangi dan dimiliki dikala ini, ternyata kedua-dua pihak telah merakyatkan penduduk Perak dalam kumpulan masing-masing. Oleh itu, mengapa perlu untuk merakyatkan kembali. Kerana asasnya amatlah mudah; iaitu sekiranya kita menganjurkan kembali pilihanraya, cubalah bayangkan berapa banyak wang dan masa rakyat perlu dihabiskan hanya untuk perkara itu. Ternyata kerugian itu adalah nyata, padahal kehebatan itu adalah untuk sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka.
  2. Berpolitik mencari salah akan tiada penyudah. Berpolitik mencari berkat akan sentiasa memakmurkan rakyat.
Terima kasih.