Monday, July 6, 2009

Adakah benar susah untuk bersatu? TIDAK

Adakah benar perpaduan itu penting dalam kontek UMNO dan PAS? Sebagai generasi muda seperti saya dan yang lain, mungkin sudah pasti ramai yang menjawab YA! Namun kami memikirkan bahawa MENGAPA untuk bersatupadu pun ternampak susah sangat. Ternampak pelik sungguh ayahanda-ayahanda dan ahli politik kita. Adakah benar, pelik itu berasas kerana beberapa sebab yang mudah?, iaitu:

1. Mengapa ternampak PAS menjadikan pengalaman yang lepas bersama UMNO itu dijadikan alasan untuk tidak bersatu? Walhal ternampak UMNO sangat positif. Perkara ini sedikit mencabar minda golongan muda kerana sesungguhnya generasi muda ini tidak melalui zaman-zaman atau pengalaman itu, dan mengapa harus generasi muda dihambat sekali ke dalam perpecahan itu? Adakah sebenarnya generasi muda sekarang mencintai perpaduan dan perdamaian sesama bangsa seagama. Nascaya jawapannya adalah YA.

2. Adakah benar, setiap kali perpaduan itu berbunga, ternampak ada sahaja cobaan yang mendatang dan menganggu? Mengapa harus bersifat demikian?

3. Sesungguhnya sekiranya ianya berpanjangan, janganlah hendaknya kita saling berputus asa. Mudah-mudahan ada penyudah yang baik. Insyallah, kita sama-sama berusaha untuk bersatu.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 26, 2009

Mengapa mesti mogok lapar?

Adakah benar tiada sebab untuk beria-ia mogok lapar?:

  1. Segalanya telah diputuskan oleh mahkamah dan perlu dihormati tatacara itu; yang memutuskan bahawa pihak lain memerintah di Perak.
  2. Akan tetapi terjadi sekali lagi adegan "selagi ianya tidak memihak kepada kumpulan yang beria-ia tersebut, maka segalanya ternampak tidak adil dan salah belaka".
  3. Akhirnya, mogok dilancarkan.
  4. Oklah...., kenapa beria-ia sangat sehingga ternampak kegelojohan dan terus mogok lapar. Adakah benar "tiada angin masakan pokok bergoyang"? Adakah benar ada sesuatu yang menarik bila ada kuasa itu; habuannyakah?, projeknyakah? atau apa?. Pelik sungguh!
  5. Sekali lagi, sama-samalah kita jangan buang masa. Biarlah bertenang dan berjabat tangan, insyallah semuanya ok. Jangan buang masa!
Terima kasih.

Thursday, May 21, 2009

Adakah benar pilihanraya Dun Penanti kelihatan janggal?

Mengapa ianya kelihatan tidak sempurna?:
  1. Adakah wajar pemimpin boleh sewenang-wenangnya meletakkan jawatan hanya kerana sesuatu sebab yang amat remeh seperti ingin menyambung pelajaran?
  2. Sekiranya ianya kelihatan wajar, maka bagaimana ianya boleh tersanggup dan tergamak untuk dicalonkan menjadi pemimpin walhal perkara sebegini kecil pun ianya tidak dapat dirancang dan diurus dengan baik dan amat lemah. Adakah wajar untuk dikatakan bahawa oleh kerana kualiti yang lemah itulah yang menyebabkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri sebelum ini amat tidak sesuai dan tidak berkualiti secara individunya?
  3. Dan sekiranya Keadilan merestui perkara itu, maka adakah dibenarkan juga, sekiranya ada wakil rakyatnya selepas ini yang ingin meletakkan jawatan hanya kerana mengalami sakit gigi?
  4. Lantas, pilihanraya tiada pilihan dan dibolehkan.
  5. Akhirnya sebagai rakyat biasa yang lemah dan hamba ini, sekali lagi tiada pilihan, hanya dapat melihat masa dan wang rakyat dihabiskan begitu sahaja. Sampai bila!
Terima kasih.

Tuesday, May 12, 2009

Adakah Benar

Adakah benar, suasana politik di Perak ternampak (oleh orang-orang kecil dan bawahan seperti saya) agak begitu kurang selesa?

Sekiranya begitu, adakah wajar untuk bertanyakan soalan mudah terhadap perkara itu, diantaranya:
  1. Adakah benar, kedua-dua belah pihak (BN dan PR) mempunyai "rakyatnya" tersendiri? Dengan erti kata lain, adakah rakyat adalah kerusi yang telah dimenangi dahulu ketika pilihan raya yang lepas. Sekiranya benar, adakah wajar PR dilihat seolah-olah mereka sahaja yang berhak mengatakan bahawa suasana itu perlu dikembalikan kepada "rakyat"? Adakah sebenarnya, BN itu juga didokong kuat oleh "rakyat" dan dilihat sebagai majoriti? Sekiranya dilihat bilangan kerusi yang telah dimenangi dan dimiliki dikala ini, ternyata kedua-dua pihak telah merakyatkan penduduk Perak dalam kumpulan masing-masing. Oleh itu, mengapa perlu untuk merakyatkan kembali. Kerana asasnya amatlah mudah; iaitu sekiranya kita menganjurkan kembali pilihanraya, cubalah bayangkan berapa banyak wang dan masa rakyat perlu dihabiskan hanya untuk perkara itu. Ternyata kerugian itu adalah nyata, padahal kehebatan itu adalah untuk sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka.
  2. Berpolitik mencari salah akan tiada penyudah. Berpolitik mencari berkat akan sentiasa memakmurkan rakyat.
Terima kasih.